Sunday, May 17, 2009

SAMUDERA BUAT GURU

Di sudut pintu utama kelas ,
terlihat kelibat seorang manusia mula memasuki kelas dengan perlahan ,
raut wajahnya agak tua namun semangatnya menampakkan dirinya tidak seperti usianya , dia tampak tegas dan garang.
“Bangun..” Kalam pertama yang berbunyi kemudian disambung pula .
“Selamat pagi cikgu..” serentak dengan satu nafas alunannya membuatkan kelas bergema di pagi itu.
Dia mula melihat setiap seorang pelajarnya .
“Kerja sekolah yang saya bagi kamu dah siap?”
Reaksi yang pelbagai mula timbul wajah setiap pelajar , ada yang berpeluh, ada pula yang kelam kabut dan ada yang seperti biasa sahaja seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.
“Samad , kamu sudah siap?” Samad orang pertama yang disapa.
“Err..cikgu , semalam saya tertidur , tak sempat nak buat”.
“Apa yang kamu buat dirumah?. Tdur saja kah?”
Samad hanya diam tanpa jawapan .
“Nah ambik buku kamu ni , buat latihan yang saya bagi di atas padang sana sambil berdiri”
Denda buat samad yang tidak siap kerja sekolahnya.
Di hari yang lain“Murid-murid hari ini saya nak lihat kerja sekolah yang saya bagi , haa , Samad kerja sekolah kamu bagaimana??”
Samad tunduk dan berdiam diri. “Samad , kamu dengar tak apa yang saya cakap ni ?!!”.
Gema suara itu menjadikan kelas sunyi sepi.
“Saya tertidur cikgu..” “aduhh!” libasan rotan membuatkan samad kesakitan .
“Apa nak jadi dengan kamu ni? Datang sekolah lambat , dalam kelas kamu tidur , sekarang kamu keluar , berdiri di padang sana”.
Kampung Sebiru.......
Anak-anak kampung girang berlari berkaki ayam bermain sesama mereka . Suasana awal pagi kampung tepian pantai itu agak tenang dengan udara samudera yang nyaman dan selesa.
Para nelayan mula melabuhkan kapal-kapal kecil mereka di jeti setelah semalaman di laut, sibuk suasana di Jeti .
Hasil tangkapan mereka dinanti-nanti oleh pemborong yang awal-awal lagi sudah tiba di jeti.
Samad sibuk menjemur ikan kering di ampaian khas yang dibuat oleh ayahnya dihadapan rumah.
“Kau tak pergi sekolah hari ni samad?”, tanya ayahnya yang baru sahaja pulang dari laut. “Pergi ayah , lepas saya jemur ikan kering , saya terus ke sekolah”. Samad menyambung kerjanya.
“Oh ya , adik-adik saya dah hantar ke rumah makcik Jamilah , lepas sekolah saya akan ambil mereka”, tambah Samad. Samad merupakan anak yatim , semenjak ibunya meninggal dunia akibat penyakit kanser payudara tahun lalu , Samad banyak belajar untuk berdikari , tambahan pula kesempitan hidup keluarganya membuatkan Samad tidak seperti kanak-kanak lain .
Walaupun baru berusia 12 tahun , Samad punya tanggungjawab yang besar , jika ayahnya ke laut , Samad yang akan menjaga adik-adiknya seramai tiga orang . “Kamu lambat datang lagi?” ,tanya Majid . Sahabat baik Samad yang juga merupakan kawan sekampungnya.
“Nasib baik cikgu Hamidah tak masuk kelas lagi , kalau tidak habis kamu berdiri di tengah padang lagi”, bebel si Majid . “Kau bukan tak tahu , aku macam mana..” Samad menutup perbualan.
“Bangun , selamat pagi cikgu..” Kelas 6 Sentosa bergema di pagi itu. “Murid-murid , pihak sekolah akan mengadakan Sambutan Hari Guru , pada bulan hadapan , saya mahukan wakil daripada kelas ini untuk membuat persembahan nanti , kamu ada cadangkan sesiapa?”, tanya cikgu Hamidah pada anak-anak muridnya.
“Majid , cikgu” , Sofi mencadangkan . “Dia pandai menyanyi , hari-hari saya lihat dia menyanyi, kalau cikgu tiada dalam kelas mesti dia menyanyi, macam Akademi Fantasia pulak kelas kita ni”, gurau Sofi .
Sofi merupakan ketua kelas 6 Sentosa berseloroh membuatkan satu kelas tergelak. Muka Majid merah , malu.
“Kalau macam tu , kamu lah yang akan buat persembahan ya..”, cadang cikgu Hamidah . Majid hanya tersenyum.
“Baiklah kelas,sekarang ni saya nak lihat kerja sekolah yang saya berikan semalam”.
Seperti biasa cikgu Hamidah pasti akan mencari Samad , di hujung kelas Samad tertidur , penat agaknya. “Samad!!”.
Cikgu Hamidah sudah berubah raut wajahnya yang sememangnya garang , Samad terkejut dan terus terbangun.
“Pashh!!” Agak kuat juga tamparan yang cikgu Hamidah berikan kepada Samad. “Kenapa kamu ni teruk sangat? , Saya menyesal dapat anak murid macam kamu, kurang ajar dan tidak tahu menghormati guru, saya nak kamu keluar daripada kelas saya sekarang dan saya tak nak lihat muka kamu lagi!!”, bentak cikgu Hamidah yang benar-benar marah.
Cikgu Hamidah memang tegas dan garang orangnya.
“Majid, aku memang budak tak berguna”. Samad memulakan perbualan memecah ketenangan bunyi ombak di pantai Kampung Sebiru .
“Kau jangan cakap macam tu Samad , cikgu mungkin tak faham bagaimana keadaan kau sekarang ini , hanya aku sahaja yang tahu kau bagaimana” . Majid cuba mententeramkan keadaan.
Samad menangis , dihatinya timbul rasa hiba dan sayu mengenang dirinya yang sering malang. Masing-masing senyap , melihat kumpulan ombak yang tidak henti-henti memukul sang pantai sebiru.
Sudah hampir seminggu Samad sudah tidak hadir ke sekolah , cikgu-cikgu yang lain sudah bertanya-tanya ke mana perginya Samad , namun bagi cikgu Hamidah dia seolah-olah tidak ambil peduli ketiadaan Samad di dalam kelas.
“Puan hamidah , kamu guru kelas 6 sentosa kan? Tahu ke mana perginya pelajar bernama Samad? Sudah hampir semiggu dia tidak hadir ke kelas saya”, tanya cikgu Radzi pada cikgu Hamidah.
“Budak tu memang pemalas , selalu saja datang lewat dan tidur di dalam kelas”, rungut cikgu Hamidah. Marahnya mungkin masih belum hilang.
Suasana di dalam kelas agak bising , kelas belum bermula . Dihujung tempat duduk Majid berlaku sebuah perbincangan diantara Majid , Sofi dan Ah Leong , mereka Nampak serius seolah-olah membincangkan sesuatu yang penting.
“Majid , kau tahu tak kemana perginya si Samad?”, soal si Sofi kerisauan.
“Aku pun dah seminggu tak nampak dia, rumahnya juga macam tiada orang , selalu bila waktu petang dia rajin ke tepi pantai dekat rumah aku untuk mengambil angin,tapi sejak seminggu ni tak ada pula aku nampak”, balas Majid.
“Tapi semalam dia datang kedai ayah saya , beli peralatan nelayan, ayahnya suruh barangkali . Tapi aku tak sempat bersembang dengannya” beritahu si Ah leong. “Hairan juga..” tambah Majid.
Timbul riak wajah yang penuh tanda tanya di sesama mereka bertiga.
“Majid , lusa ni dah Sambutan Hari Guru , kamu dah bersedia nak buat persembahan?”, tanya Sofi mengubah topik perbualan.
“Insyallah , eh , Ah Leong kau pandai main gitar kan? Nanti kau mainkan utuk aku ya” pinta Majid. “Ok , kawan-kawan tak ada hal punya” .Ah Leong bersetuju. “Habis tu aku nak jadi apa?”. Sofi juga mahu turut serta.
“Haa..Sofi kau jadi pengurus kami lah , kau kan pengurus artis”, gurau Ah leong. Mereka bertiga ketawa sesama sendiri.
Selepas asar , Majid mahu mengambil angin di pantai berhadapan rumahnya , tiba-tiba dia ternampak Samad, dengan segera dia mendapati Samad.
“Samad , mana kau pergi ? dah seminggu aku cari” , Majid beriya-iya menanyakan soalan pada Samad.
“Majid , aku dah berhenti sekolah” jawab Samad . Mukanya tenang tetapi riaknya sedih. “Kenapa ?” Majid semakin hairan.
“Ayahku , dia tidak mampu lagi nak menanggung perbelanjaan persekolahan aku dan aku memutuskan untuk mengikut ayah ke laut”, jawab Samad.
Majid hanya diam , wajahnya mula kesedihan dan simpati. “Memang aku nak jumpa dengan kau Majid , aku tahu esok kan hari guru , aku nak kau berikan surat ini untuk cikgu Hamidah , aku tak ada hadiah nak diberi” Samad mengeluarkan sebuah kertas lusuh daripada kocek seluarnya.
“Apa ni Samad?” tanya si Majid. “Sekadar luahan hati aku pada cikgu Hamidah , aku tuliskan sajak untuknya”, balas Samad tenang dan berterus-terang. Majid memeluk Samad , kali ini dia benar-benar sedih dengan keluhuran hati Samad.Mereka menangis. Pantai Sebiru jadi saksi.
Hari persembahan untuk sambutan hari guru sudah tiba. Majid akan membuat persembahan. “Kau dah bersedia”, tanya Ah Leong dan Sofi.
“Hari ni aku tak menyanyi , aku bersajak , tapi Ah Leong , kau main gitar juga ya untuk aku”, balas Majid. “Kenapa tukar plan?”, Sofi kehairanan.
Majid menunjukkan kertas lusuh yang diberikan Samad padanya.
“Hadiah untuk cikgu Hamidah daripada Samad”. Majid senyum , namun senyumannya nampak sedih.
“Samad dah tak sekolah lagi dah , dia ke laut dengan bapanya”, Majid menambah. Suasana sepi. Masing diam tidak bersuara.
“Baiklah , mari kita bersiap” Majid menutup suasana itu . Persembahan tinggal lagi setengah jam.
Di atas pentas“Assalamualaikum , saya Majid dan di sebelah saya Ah Leong , hari ini kami akan menyampaikan sebuah sajak yan bertajuk , “Samudera Buat Guru” , sajak ini di tulis khas oleh sahabat kami , Samad”.
Majid memulakan bicara.
“Sajak ini untuk guru-guru Sekolah Kebangsaan Seroja terutamanya cikgu Hamidah..” Ah Leong menambah.
Seluruh dewan memberikan tepukan gemuruh.
Timbul rasa hairan di wajah cikgu Hamidah .
Terdiam dan ingin tahu. Ah Leong mula memetik gitarnya dengan perlahan , sayu rentaknya.
“Sajak ini kutujukan buat guru-guruku yang tersayang , ampunan maaf juga buat kalian kerana saya pelajar yang malas dan tidak menghormati kalian.
Kalian juga tidak perlu risau lagi dengan anak muridmu yang tidak berguna ini , saya hanya akan ke laut sahaja selepas ini , namun saya juga teringin seperti anak-anak murid yang memberi hadiah buat guru yang disayangi sempena hari yang berbahagia ini , tidak mampu saya berikan hadiah yang mahal-mahal , cumanya sebuah sajak …khas untuk guru-guruku terutamanya cikgu Hamidah” isi surat tersebut..
SAMUDERA BUAT GURU

Pantai hari ini nampak tenang
Tiada gelora,Tiada ombak yang garang,
Melihat laut yang jauh itu,
Umpama melihat ibu yang tersayang,
Pada pantai aku melepas rindu,
Pada pantai juga aku menangis,
Pada ombak ku kirimkan cinta,
Pada dunia lautan itu
Guruku ,
Sayangnya aku pada kamu,
Umpama lautan yang luas itu,
Jasamu umpama samudera,
Memberi sebuah kisah cinta pada manusia
Guruku,
Aku anak laut Laut dan pantai duniaku
Ia juga masa depanku,
Ia warna dalam hidupku,
Guruku,
Kasihmu ku anggap ombak,
Ombak tenang di bibir pantai,
Jasamu juga ku anggap ombak,
Ombak yang garang dan banyak memukul pantai,
Guruku,
Budimu ku anggap air di laut,
Tak pernah kering dan mati,
Walau kita nampak jauh,
Namun kita dekat pada hati,
Guruku,
Jika dosa telah aku lakukan,
Restu dan maafmu aku dambakan,
Jika hatimu luka Selautan ampun ku pohonkan,
Hari ini dan esok…
Aku akan terus melihat samudera luas ini..
Dan sampai bila-bila..
Samudera ini hadiahku buat guru-guru…

Ada air mata jernih mengalir dipipi para hadirin yang mendengar ,
Majid teresak-esak mengungkap bait-bait sajak , Ah leong semakin sedih rentak gitarnya.
Cikgu Hamidah tidak dapat menahan sebaknya , air mata deras , terlalu deras. Dia teringatkan Samad. Anak muridnya.
Hatinya Terusik , sesuatu perlu diubah dan berubah.
oleh: lutfihafifi
Editor: ar-ruhul JADEED

SELAMAT HARI GURU


belum terlewat lagi rasanya untuk aku post kan n3 berkaitan hari guru nih...

16hb Mei kita sambut hari guru...

malam tadi adik aku sibuk dok paksa aku tulis kad untuk cikgu dia.

adiah dia dah balut cuma nak tulis nama cikgu dia je

sume nak suh aku yang tuliskan...tapi aku layannnn.....

mmg aku la yang slalu jadi mangsa dia kalo ada keje yg bekaitan sekolah

slalu dia ngadu kat aku pasal skolah dia sb aku la yg paling bising pasal sekolah dia.

hu3.....kuar topik dah ni

k la...kesempatan ni aku nak ucapkan selamat hari guru wat semua guru yang dah banyak curahkan ilmu pengetahuan untuk anak murid.

aku pun bukan baik sgt masa sekolah pun...

tp sume cikgu aku sayang...

sb cikgu dah bagi kita ilmu....

walau kene rotan n marah skalipun,aku anggap tu sume sbhgian drp ajaran depa utk bagi aku jd manusia beguna...

utk kengkawan aku yg jadi cikgu gak aku ucapkan selamat jadi cikgu yg dedikasi...

amik2la masa untuk tlg didik jiwa murid dgn moral....spy jadi manusia yg beguna pada agama bangsa dan negara....



Monday, May 11, 2009

lagu yang aku suka kalau aku sedih....

Ummi

Ummi yaa lahnan a'syaqohu
wanasyidan dauman ansyuduhu
Fikulli makanin adzkuruhu
wa-azhollu azhollu uroddiduhu
Ummi yaa ruuhi wa-hayati
yaa bahjata nafsi wamunaati
Unsi filhadhiri wal-ati... 2x
Allohu ta'aala aushoni
fissirri walau fil i'laani
Bilbirri laki wal-ihsaani... 2x
Ismuki manquusyun fi qolbi
Hubbuki yahdini fi darbi
wadu'a-i yahfazhuki robbiy... 2x
Yusuf Islam - Your Mother
Who should I give my love to?
My respect and my honor to
Who should I pay good mind to?
After AllahAnd Rasulullah
Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father
Cause who used to hold you
And clean you and clothes
youWho used to feed you?
And always be with you
When you were sick
Stay up all night
Holding you tight
That's right no other
Your mother (My mother)
Who should I take good care of?
Giving all my love
Who should I think most of?
After AllahAnd Rasulullah
Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father
Cause who used to hear you
Before you could talk
Who used to hold you?
Before you could walk
And when you fell who picked you up
Clean your cut
No one but your mother
My mother
Who should I stay rigt close to?
Listen most to
Never say no to
After AllahAnd Rasulullah
Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father
Cause who used to hug you
And buy you new clothes
Comb your hair
And blow your nose
And when you cry
Who wiped your tears?
Knows your fears
Who really cares?
My mother
Say Alhamdulillah
Thank you Allah
Thank you Allah
For my mother.
bila aku sedih aku suka nyanyi lagu ni...teringat kat mak...pastu pk mampu ke aku jadi ummi yg baik

Thursday, May 7, 2009

happy birthday & happy mothers day mom



hari nih 8 Mei 2009....

my mom birthday..mak aku dah 47 thun hari nih...

Alhamdulillah....aku masih dapat cium peluk & tgk mak wp aku dah ada keluarga sendiri....

kasih aku pada dia tak penah berubah.

tapi aku sedih gakla sb dah nak masuk 3 bulan mak xleh bejalan cam dl lg

tu sume ujian Allah setelah mak jatuh moto 3 bulan yang lalu.

masa tu aku nangis sedih sgt...

tp hati aku kata Allah akan uji hambaNya...

aku doakan mak aku cepat sembuh & boleh la aku bawak dia p bershopping lagi

sb dia mmg suka shopping

bulan mei nih pun kita akan sambut hari ibu...

so aku ucapkan selamat hari ibu wat mak aku oso mentua yang aku sayangi lagi kasihi....

mak2 aku nih mmg best...

sporting sgt

YaAllah aku bersyukur kau kurniakan aku ibu2 sebaik mereka...

Amin...........


P/S : happy mothers day to all mom's in the world...





Monday, May 4, 2009

memory...


hu3...nila pic aku masa umo stahun jagung.sbaya ngan putera kesayangan aku ikhwan masa nih.
aku masa kecik dulu kecik dan pendek..memangla kecik tp dah dewasa nih aku la paling besar dlm family.akak aku skang nih lagi halus dari aku la nih...aku yg pakai gaun biru paling kecik tuh....

Friday, May 1, 2009

Akikah & Qurban

Lembu yang diniatkan di akikahkan sedang dipersiap untuk menjalani sesi penyembelihan..abang yg baru sahaje sampai setelah tamat kursus di ISM Sg BEsi turut sama memegang tali lembu..


Abg Sidi memegang Dik Ih & Ikhwan..nilah antara orang-orang yg diniatkan untuk kenduri akikah ni..Anak umi Ikhwan, Dik Ih, Angak Tika, Abg Sidi, Amoi & Angah Mael.

Ni sesi basuh pinggan lepas kenduri..tak taulah ummi yg tolong ikhwan ker ikhwan yg tolong ummi nie..kene la ummi basuh smula pinggan n cawan yg ikhwan dah wat air sabun tu sbg air mandi...

25 April 2009 bersamaan 29 RAbiulakhir 1430H bertepatan ari sabtu..aku n family mengadakan satu kenduri untuk Akikah sekeluarga.. Ayah jer yg tak join coz dah lama setel..kami memilih lembu untuk dijadikan haiwan yg di akikah kan utk jamuan para tamu..
Maksud Hadis Rasullullah S.A.W :
"Barangsiapa yang dikurniakan seorang anak, lalu ia menyukai untuk membaktikannya (mengakikahkannya) maka hendaklah ia melakukannya.."