Tuesday, November 3, 2009

ntahapehapentah

tb2 rasa nak marah je....

bila mood x baik sllu hormone jd alasan utama...

tp aku mmg tgh bengang nih....

patut ke aku marah....

mencik ar...

xp2...ada ubi ada batas...

gaya cam nak balas dendam je ni

nasib ko ler..

topik?

da mals nak update kat cni pas kene blocked hari tu....

g pun aku bukan kaya idea nak taip n3 byk2...

tp ttp akan update mengikut tahap kerajinan

Thursday, October 8, 2009

DOA BUAT KEKASIH




Andainya aku bertanya
Padamu tentang bahagia
Di mana nilai setia
Di manakah puncak cinta

Mahukah engkau mengerti
Harapan serupa mimpi
Ianya dapat terjadi
Atau hilang tak berganti

Sejarah mengajar kita
Menjadi lebih dewasa
Meniti arus angkara
Lupakan kisah yang lalu
Teguhkan tugu imanmu
Doaku buat kekasih


Yang dulu usah dirindu
Hilangkanlah dari hatimu
Doaku buatmu kekasih



KHAS BUAT SUAMIKU TERCINTA SHAHRIL AZMI BIN JOHAR

ABG, SYG LOVE U SO MUCH...


Monday, October 5, 2009

dua telinga…….satu mulut ………. mendengar dua kali dulu sebelum bercakap sesuatu..

Sunday, September 27, 2009

cite2 raya

org sume dok sibuk cite pasal raya...
Aku?hu3....wat derk je...nk taip n3 pun malas...
b xd kat cni.ari jum lepas dah bekampung kt PD...
ni sume sb plhn raya kecil...
1st day "bayar hutang dgn Allah"
ntahla...mood xd nak taip n3...



agak2 otak aku tgh watpe skang ni....
giler kentang betulla.....

Thursday, September 17, 2009

selamat hari raya

Lirik Lagu Iklan Hari Raya EON - Jamal Abdillah ft Raja Ema

Hari raya hari yang mulia
penuh bererti kepada kita
tua muda miskin dan kaya
menyambutnya dengan gembira

Berhati-hati di jalanraya
semoga anda selamat tiba
kunjungi teman sanak saudara
bersama gembira di hari raya

Salah dan silap kiranya ada
bermaafanlah sesama kita
ucapan selamat hari raya
dari eon untuk semua
ucapan selamat hari raya
dari eon untuk semua..

# Lagu tema iklan Eon sempena Hari Raya masa awal tahun 90an dulu

lagu ni masa aku kecik2 dulu...

papepun selamat hari raya aidilfitri maaf zahir & batin

raya jemputlah datang rumah....

Friday, September 11, 2009

1 perkatan seribu rasa.....


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

gurauan kena berpada.....

apa jua dibicara kena waspada.....

salah bicara mengundang petaka....

hati-hati bila bersenda....

selalu terjadi, gurauan menjadi realiti.....

ketakutan akan terjadi...

sanggupkah kita hadapi............

badai ombak tsunami..........

walaupun maaf mampu ku beri.........

hakikatnya masih berbekas di hati...........

sungguh galau dan gusar hati ini...

apa yang pasti berserahlah segalanya pada ilahi...........

moga ikatan terus tersimpul rapi.........

Thursday, September 10, 2009

cepatnya.....

rasanyer seperti baru semalam

tp rupanya dah masuk 21 hari.

Alhamdulillah....

sedih sebab ramadhan akan meninggalkan kita..

adakah kesempatan ini lg di ramadhan akan datang....

andai ini ramadhan terakhirku...........

Tuesday, September 8, 2009

UJIAN TADIKA UNTUK ANDA

RENUNG SEJENAK

Apakah anda lebih pandai dari kanak-kanak TADIKA?


Jika ya, sila ambil ujian ini:

Sila lihat lakaran bas sekolah di bawah.

Bas ini sedang bergerak ke kiri atau ke kanan?





Dapat tak jawapannya?

Sila teliti lakaran di atas sekali lagi…

Masih tak dapat?

hadiah misteri menanti

dapatkan jawapannya.....di n3 akan datang.....kuang3....

terangnyer.....

maapla yer...aku mmg suka warna terang2 nih....kalo colourless pun suram je hidup ni

he3.....jgn marah erk sapa yg baca blog nih.....

layan je....

ait.akak pun za tag gak yer....xpelah.akak jwb jugak.

Nama penuh: Nor Earna binti Mohd Nor (dlm surat beranak)

Nur Earna binti Mohd Nor (dlm i/c) –camne JPN leh wat lain2

Tarikh Lahir: 7 Ramadhan 1404 HIJRAH

Tempat Lahir: GEMAS,negeri sembilan (ada spital ke?)

Tempat dibesarkan: big sand .

1.Nama timangan anda?

mak pgl alang,ayah pgl ina,hubby pgl sayang,ikhwan & harith pgl ummi,anak buah lain pgl maklang,fmly belah aku pgl alang/ina,fmly belah hubby pgl kak lang/earna,kwn2 pgl earna/erna (ada gak yang pgl Nur…pelik lak rasanya….)

2.Anda seorang yang?

-pendam apa yang aku rasa sampai sakit kepala & boleh wat don’t know bila org ignore aku.serius aku mampu boikot bnda yg aku tak suka.

3. Insan yang teristimewa?

-shahril azmi bin johar(kekasih awal dan akhir, doakanlah ye), nur ikhwan & my family

4. Lagu kesukaan anda?

hakikat bahagia,perfect,cuba teka (lagu masa ngaja tadika dl),twinkle2,baa baa black sheep,labah-labah,

5.Makanan kesukaan anda?

-tomyam + nasi kosong + telur dadar


6.Sikap yang membuatkan anda stress?

- terlalu rigid,xleh tolak ansur,susahkan benda yg boleh diselesaikan,karenah
birokrasi,xd diplomasi,suka menghasut (boleh dakwa bawah akta hasutan),
suka lagakan org lain…


7. warna kegemaran anda?

- hijau - ungu - biru – dekat2 nak sama ngan pinkgu


8.Benda yang mesti ada dalam seluar?

- mestila puting kopek ikhwan,time dia melalak sumbat je dlm mulut dia.hu3-


9.Kali terakhir anda menangis?

- nangis? Hari2 nangis.tp nangis kat “dalam” je bila pk kan apa akan jadi pada manusia zaman ni.

10.Tempat/negara yang ingin anda kunjungi?

- tempat pertama mestila Mekah [umrah / haji]
- Holland –jeles busu dah p sana
- Cameron highlands – tenang je…


11. TAG untuk 6 rakan anda?

ingat nak tag balik kat pinkgu.tp x sampai ati lak.he3.

Xpela. Aku pilih org lain…..

Sesape je yg baca blog aku yg ada blog…..tp aku ttp nak tag :

1.my hubby -sila jawab untuk menambahkan keje abg slain wat jkm 17....

2.mr McM - kene jawab sebab antara org yg paling rajin update mesti byk idea kan....

3.rizale - slalu byk tanya kan.lani jwb soklan lak

4.nija rempit - sebab slalu sgt potong keta ayah akak pagi2.hu3...ada kaitan ke?

5.fahmi -akak x kira.ko kene jwb 10 x pun xp.tp nak jwpan lain2....

6.sesape yg sj2 @ tertengok blog ni.....hi3

Tuesday, August 18, 2009

KALAU DAN KALAU...




Kalaulah Allah lihatkan amalan kita.

Berapa banyak dosa. Berapa banyak pahala??

Kalaulah dosa itu macam batu.

Berapa berat perlu kita angkat?

Kalaulah pahala itu bagai duit.

Berapa banyak boleh simpan dalam akaun??

Kalaulah nafsu itu punya bentuk dan rupa, dan syaitan ada di sebelah kita

dalam wajah tersendiri.


Adakah kita akan berkawan dengan mereka? atau takut dan memusuhi mereka?

atau kita tetap jadi lagi teruk dari syaitan.. (tetap sama seperti biasa kita buat)


Kalaulah, Muhammad hidup bersama kita.

Adakah kita layan baginda selayaknya sebagai seorang nabi.

Malu berbuat dosa depan mata banyak nya bertimbun-timbun.

Malu dengan syirik dan khurafat yang kita buat.

Malu sebab tinggalkan risalah baginda.

Malu bergaduh sesama Islam padahal kita dah tahu kita saudara.

Hanya sebab kuasa,ideologi dan harta.

Pada hal dah tahu tak bawak ke manapun harta berlambak sedunia!!

Pada hal dah tahu pegangan kita sama!!

Pada hal dah tahu pangkat dan jawatan tak mampu membeli ampunan dari Tuhan!!


Kalaulah kita nampak syurga dan neraka.

Tempat dan rupa nya bagaimana? Apa ada dalam syurga?

Apa isi dalam neraka?

Dan setiap Ahmad,Abdullah dan ar-rijal dicop dia munafiq, kufur, islam atau

beriman...


Masihkah aku dan kau lari dari tanggungan amalan..

Masihkah kita berdalih dan beralasan??

Kalaulah Allah menampak kan wajahNya pada kita masihkah kita sanggup syirikkan dia? Agungkan cinta manusia lagi tinggi dari cinta Dia!!

Berkalau-kalau tu amalan syaitan.. tapi "kalau" yang ini aku tulis untuk keluarkan kau,aku dan dia dari terus teruk daripada syaitan.

www.iluvislam.com
tajulrijalannuar
editor:azzahra_solehah

DARIPADA ALLAH KITA DATANG

Hari ni aku diuji lg.(18/08/2009)

Walau pun sakit utk diterima tp aku bersyukur

Mungkin itu tanda Allah sayang kan hambaNya

Dan memberi peringatan kpd aku spy x terleka

Syukur Ya Allah kau turunkan aku ujian demi ujian.


Pada aku tuduhan tak menjadi kudis atau nanah selagi kita mengingati Allah

Bak kata ustaz, ”kdg2 kesakitan yg kita dpat tu sbg kifarah dosa2 kita”.

Tp kalo org yg x penah sakit,macamane?

Org tu pun diuji jugak.Tp dgn kesenangan.

Allah nak tgk samada manusia tu bersyukur atau tak....

Aku hanya insan.....

Terima kasih pada yang mengingatkan......

Alhamdulillah.....


Ramadhan pun makin menampakkan diri...

Hrp2 agar Ramadhan thn ni menjadi yang terbaik buat aku....

Monday, August 17, 2009

Sunday, August 9, 2009

waktu yang x terasa berlalunya

sabtu ahad aku berakhir slalu tanpa disedari....
tup2 dah isnin pun hari ni.......
belum puas dok layan karenah c kecik..
br je aku nak kemas umah...lipat2 kain-baju aku....
p umah mentua...balik umah mak ayah aku...balik umah aku....
seronok ada life yg mcm ni
bersyukur sgt2 sb masih dapat tgk & syg depa sumer...

plg suka tgk ikhwan men ngan harith & dik moi....
mmg nakal....dpa b2 la yg slalu buli ikhwan...
apala abg ni kalah ngan adik2...
tp ummi slalu ajar abg beralahkan.
ikhwan ikut kata ummi....

x puas lyan karenah bdk2....
thanks b, sb bg syg pluang ni...
luv u so much....

Thursday, July 30, 2009

NISFU SYA’ABAN MENJELANG TIBA

Bermula selepas asar 5 Ogos 2009 bersama-sama kita tingkatkan amalan sempena bulan penuh keberkatan ini.

6 Ogos 2009 – kita akan sambut nisfu syaaban.

Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban
1.Solat sunat nisfu sya'aban - terdapat dua cara mengerjakan solat sunat ini
Sembahyang 100 rakaat dengan memberi salaam selepas setiap 2 rakaat.
Surah Al-Ikhlas dibaca sebanyak 11 kali setelah setiap rakaat setelah membaca surah al-Fatihah

Sembahyang 10 rakaat dengan memberi salaam selepas setiap 2 rakaat. Surah Al-Ikhlas dibaca sebanyak 100 kali setelah setiap rakaat setelah membaca surah al-Fatihah

2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya

i) Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah

ii) Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah

iii)Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman

3. Berpuasa pada siangnya (mulai pagi esoknya-15 Syaaban)

byk kerja....




dah masuk > separuh tahun 2009 ni,




melambak2 lak permohonan masuk...hu3.




maknanya keje aku betambahla.




so,target aku kene setelkan sume permohonan sebelum masuk 2010.




alhamdulillah, ada gak keje aku.

Wednesday, July 29, 2009

betul ker kebetulan.....

OKTOBER
Suka berbual. (tgk situasi gak)

Suka orang yang sayang padanya. (of course la)

Suka ambil jln tengah. ( lebih selamat kot)

Sangat menawan & sopan santun. (hik3.no komen.)

Kecantikan luar & dalam. (Doakan selalu yer)

Tidak pandai berbohong & berpura-pura. (InsyaAllah)

Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan. Selalu.tapi ada org lain kisah ke

Sentiasa berkawan. Ada masa nak sendiri gak

Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama. Tp kdg2 susah nak lupa

Cepat marah. Sapa suh kaco hidup aku

Macam pentingkan diri sendiri. Macam je.bkan btl2 pun

Tidak menolong orang kecuali diminta. Kang kata aku macam bagus lak.tp bila tlg pun ada org amik kira?

Suka melihat dari perspektifnya sendiri. Cane lak nak tgk ikut perspektif org len?

Tidak suka terima pandangan orang lain. Kalo pndgn x logic sape nak ikut

Emosi yang mudah terusik. Sensitive la snang citer

Suka berangan & pandai bercakap. Dulu mmg macam tu

Emosi yang kelam kabut. Senang tepengaruh kot

Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan). Slalu pk b p dating.hua3

Suka melancong, bidang sastera & seni. Boleh abiskan duit

Pengasih, penyayang & lemah lembut. 2 sebab ikhwan sayang ummi

Romantik dalam percintaan. Tu yang wat b cair dulu tu

Mudah terusik hati & cemburu. Ngan b je

Ambil berat tentang orang lain. Ada aku kesah?

Suka kegiatan luar. Lama x aktif dah

Orang yang adil. Lalalalala……

Boros & mudah dipengaruhi persekitaran. Kalo ada duit p shoping.kalo hujan dmam.kalo panas…… ikut persekitaran la tuh.....

Mudah patah semangat. B yang slalu kata camni….

Thursday, July 16, 2009

thanks to all......


alhamdulillah....
syukur kehadrat ilahi.
akhirnya aku dah pun bejaya menghabiskan induksi...
terima kasih bhgn servis & sume yang byk bantu aku....
hu3.kot x, kompom lambat lg la sah jawatan aku
kalo kak g x tlg slalu teleponkan org suk.

toche2...

nila modul kursus yang aku ikuti yg tepaksa tglkan ikhwan kat umah lagi

thanks to all

tak lupa adik aku yg bagi aku award hari tu...


tima kasih byk2 ye....

target aku semakin hampir....


semua kawan2 doakan yer....................

My Son...

salam semua..........

n3 kali ni nak tunjuk je gambar permata hati ummi ni.


nilah basikal baru yg disponsor oleh atok kampung.

ikhwan pun dah blaja cane nak kayuh beskal ni.....

semoga cepat pandai..........


acara termenung tgk air laut sebelum p mandi laut...

agak2 apala yg ikhwan pk masa nih?


eh ! apsal kepala nih.....

tp kopek tetap tak tinggal kat mulut.....



Ummi : nak lari p mana tu sayang?

Ikhwan : tak p manala ummi....


bakal ustaz....insyaAllah......


he3....dok sorokkan kopek kat balik tangan....

Ikhwan : Mana adala....

ok.tu je untuk hari ni......tq

Thursday, July 9, 2009

MINGGU DEPAN P INDUKSI

KURSUS LAGI...

stat 12 smpai 15 julai p induksi

kne tgl lagi la muhammad nur ikhwan ni

ikhwan dok ngan atok n uwan yerk

ayah pun p induksi gak...

cian anak ummi ni....

pasni,ummi stop p kursus wt smtr waktu ye..............

Sunday, July 5, 2009

takde tajuk.........

mgu lepas p kursus....
balik umah umah c kecik demam...
musim kot...
sabtu p slayang htr acik praktikal....
amik acu kat matrix kp...
penat...
c kcik still demam......
mlm2 x tdo dok layan dia.............
hari ni masuk keje, still penat lg...........
ngantuk sih.............

Tuesday, June 16, 2009

wish u all the best






pg2 sok hubby akan bertolak ke tganu....


untuk p besukan slama smgu


kene tgl lagi............nasib kita la ikhwan.


sbr jela.............


pape pun syg doakan team abg menang


apa yg syg cakap smlm tu sebab MARAH sgt...


kata x p pdg tp abg p gak....


syg kan slalu jadik supporter abg


x caye? tanya ikhwan.....


pape pun syg ucapkan slamat hari bapa....


kali ni dah bp kali pun syg x tau


yg kita dah miss untuk celebrate tarikh2 penting.


dulu kita x dapat sambut 1st bday ikhwan sama2 sb.....


abg p special olympics kat kl.....


kali ni p sukan kt trg plak.....


hrp2 pas ni dah xd lagi benda2 camni......


luahan hati seorang insan bernama isteri.............


Monday, June 15, 2009

aku dan anak aku punya keje.....

terima kasih ikhwan.............
tlg ummi taip n3 malam tadi...............
ikhwan pun tau apa yg ummi rasa................

Wednesday, June 10, 2009

Father's Day menjelang tiba


rasanya x terlalu awal untuk kita mengingatinya....
untuk kita sama2 meraikannya.....
ayah...abah....papa.....abi.....babah.....
walau apa pun yg kita panggil lelaki ini
dia adalah seorang ayah......
seharusnya semasa hayatnya kita hormati dan taati.....
lapar dan dahaga ayah....
rela berpayahan untuk anak-anaknya
betapa setianya seorang ayah
ayahlah yg menghantar kita untuk menuntut ilmu
supaya menjadi insan berguna....
tapi berapa ramai yg mengenang dan menjaga mereka
berapa ramai pula yg dibiarkan oleh anak-anak mereka.......
kenanglah ayah....kenanglah jasa mereka......
ciumlah di pipinya menandakan yg kita sentiasa sayang padanya........
buat semua yg bergelar ayah,
ingatlah tjwb mendidik anak terlalu besar.....
didiklah anak sebaiknya.......
HAPPY FATHER'S DAY.......

Tuesday, June 9, 2009

update....update....update.....



he3....adik2 ku cayang bising tya


bila akak nak update?


aku kata "akak mana ada masa dik nak jadi sekreatif korang"....


aku kata lagi "adik tlg update kan utk kak bleh"....


hu3....ok


ni pun kira update gak la kan......


hu3.....

p/s : akak dah update tau...jgn tya lg.ha3....
ada kaitan ke pic ngan n3 nih....
jwpn aku "ada"....sb suka ht aku la
kan ni blog aku....
hijau.....hijau....hijau....
aku sukakan kehijauan bumi nih......
subhanallah................

Sunday, May 17, 2009

SAMUDERA BUAT GURU

Di sudut pintu utama kelas ,
terlihat kelibat seorang manusia mula memasuki kelas dengan perlahan ,
raut wajahnya agak tua namun semangatnya menampakkan dirinya tidak seperti usianya , dia tampak tegas dan garang.
“Bangun..” Kalam pertama yang berbunyi kemudian disambung pula .
“Selamat pagi cikgu..” serentak dengan satu nafas alunannya membuatkan kelas bergema di pagi itu.
Dia mula melihat setiap seorang pelajarnya .
“Kerja sekolah yang saya bagi kamu dah siap?”
Reaksi yang pelbagai mula timbul wajah setiap pelajar , ada yang berpeluh, ada pula yang kelam kabut dan ada yang seperti biasa sahaja seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.
“Samad , kamu sudah siap?” Samad orang pertama yang disapa.
“Err..cikgu , semalam saya tertidur , tak sempat nak buat”.
“Apa yang kamu buat dirumah?. Tdur saja kah?”
Samad hanya diam tanpa jawapan .
“Nah ambik buku kamu ni , buat latihan yang saya bagi di atas padang sana sambil berdiri”
Denda buat samad yang tidak siap kerja sekolahnya.
Di hari yang lain“Murid-murid hari ini saya nak lihat kerja sekolah yang saya bagi , haa , Samad kerja sekolah kamu bagaimana??”
Samad tunduk dan berdiam diri. “Samad , kamu dengar tak apa yang saya cakap ni ?!!”.
Gema suara itu menjadikan kelas sunyi sepi.
“Saya tertidur cikgu..” “aduhh!” libasan rotan membuatkan samad kesakitan .
“Apa nak jadi dengan kamu ni? Datang sekolah lambat , dalam kelas kamu tidur , sekarang kamu keluar , berdiri di padang sana”.
Kampung Sebiru.......
Anak-anak kampung girang berlari berkaki ayam bermain sesama mereka . Suasana awal pagi kampung tepian pantai itu agak tenang dengan udara samudera yang nyaman dan selesa.
Para nelayan mula melabuhkan kapal-kapal kecil mereka di jeti setelah semalaman di laut, sibuk suasana di Jeti .
Hasil tangkapan mereka dinanti-nanti oleh pemborong yang awal-awal lagi sudah tiba di jeti.
Samad sibuk menjemur ikan kering di ampaian khas yang dibuat oleh ayahnya dihadapan rumah.
“Kau tak pergi sekolah hari ni samad?”, tanya ayahnya yang baru sahaja pulang dari laut. “Pergi ayah , lepas saya jemur ikan kering , saya terus ke sekolah”. Samad menyambung kerjanya.
“Oh ya , adik-adik saya dah hantar ke rumah makcik Jamilah , lepas sekolah saya akan ambil mereka”, tambah Samad. Samad merupakan anak yatim , semenjak ibunya meninggal dunia akibat penyakit kanser payudara tahun lalu , Samad banyak belajar untuk berdikari , tambahan pula kesempitan hidup keluarganya membuatkan Samad tidak seperti kanak-kanak lain .
Walaupun baru berusia 12 tahun , Samad punya tanggungjawab yang besar , jika ayahnya ke laut , Samad yang akan menjaga adik-adiknya seramai tiga orang . “Kamu lambat datang lagi?” ,tanya Majid . Sahabat baik Samad yang juga merupakan kawan sekampungnya.
“Nasib baik cikgu Hamidah tak masuk kelas lagi , kalau tidak habis kamu berdiri di tengah padang lagi”, bebel si Majid . “Kau bukan tak tahu , aku macam mana..” Samad menutup perbualan.
“Bangun , selamat pagi cikgu..” Kelas 6 Sentosa bergema di pagi itu. “Murid-murid , pihak sekolah akan mengadakan Sambutan Hari Guru , pada bulan hadapan , saya mahukan wakil daripada kelas ini untuk membuat persembahan nanti , kamu ada cadangkan sesiapa?”, tanya cikgu Hamidah pada anak-anak muridnya.
“Majid , cikgu” , Sofi mencadangkan . “Dia pandai menyanyi , hari-hari saya lihat dia menyanyi, kalau cikgu tiada dalam kelas mesti dia menyanyi, macam Akademi Fantasia pulak kelas kita ni”, gurau Sofi .
Sofi merupakan ketua kelas 6 Sentosa berseloroh membuatkan satu kelas tergelak. Muka Majid merah , malu.
“Kalau macam tu , kamu lah yang akan buat persembahan ya..”, cadang cikgu Hamidah . Majid hanya tersenyum.
“Baiklah kelas,sekarang ni saya nak lihat kerja sekolah yang saya berikan semalam”.
Seperti biasa cikgu Hamidah pasti akan mencari Samad , di hujung kelas Samad tertidur , penat agaknya. “Samad!!”.
Cikgu Hamidah sudah berubah raut wajahnya yang sememangnya garang , Samad terkejut dan terus terbangun.
“Pashh!!” Agak kuat juga tamparan yang cikgu Hamidah berikan kepada Samad. “Kenapa kamu ni teruk sangat? , Saya menyesal dapat anak murid macam kamu, kurang ajar dan tidak tahu menghormati guru, saya nak kamu keluar daripada kelas saya sekarang dan saya tak nak lihat muka kamu lagi!!”, bentak cikgu Hamidah yang benar-benar marah.
Cikgu Hamidah memang tegas dan garang orangnya.
“Majid, aku memang budak tak berguna”. Samad memulakan perbualan memecah ketenangan bunyi ombak di pantai Kampung Sebiru .
“Kau jangan cakap macam tu Samad , cikgu mungkin tak faham bagaimana keadaan kau sekarang ini , hanya aku sahaja yang tahu kau bagaimana” . Majid cuba mententeramkan keadaan.
Samad menangis , dihatinya timbul rasa hiba dan sayu mengenang dirinya yang sering malang. Masing-masing senyap , melihat kumpulan ombak yang tidak henti-henti memukul sang pantai sebiru.
Sudah hampir seminggu Samad sudah tidak hadir ke sekolah , cikgu-cikgu yang lain sudah bertanya-tanya ke mana perginya Samad , namun bagi cikgu Hamidah dia seolah-olah tidak ambil peduli ketiadaan Samad di dalam kelas.
“Puan hamidah , kamu guru kelas 6 sentosa kan? Tahu ke mana perginya pelajar bernama Samad? Sudah hampir semiggu dia tidak hadir ke kelas saya”, tanya cikgu Radzi pada cikgu Hamidah.
“Budak tu memang pemalas , selalu saja datang lewat dan tidur di dalam kelas”, rungut cikgu Hamidah. Marahnya mungkin masih belum hilang.
Suasana di dalam kelas agak bising , kelas belum bermula . Dihujung tempat duduk Majid berlaku sebuah perbincangan diantara Majid , Sofi dan Ah Leong , mereka Nampak serius seolah-olah membincangkan sesuatu yang penting.
“Majid , kau tahu tak kemana perginya si Samad?”, soal si Sofi kerisauan.
“Aku pun dah seminggu tak nampak dia, rumahnya juga macam tiada orang , selalu bila waktu petang dia rajin ke tepi pantai dekat rumah aku untuk mengambil angin,tapi sejak seminggu ni tak ada pula aku nampak”, balas Majid.
“Tapi semalam dia datang kedai ayah saya , beli peralatan nelayan, ayahnya suruh barangkali . Tapi aku tak sempat bersembang dengannya” beritahu si Ah leong. “Hairan juga..” tambah Majid.
Timbul riak wajah yang penuh tanda tanya di sesama mereka bertiga.
“Majid , lusa ni dah Sambutan Hari Guru , kamu dah bersedia nak buat persembahan?”, tanya Sofi mengubah topik perbualan.
“Insyallah , eh , Ah Leong kau pandai main gitar kan? Nanti kau mainkan utuk aku ya” pinta Majid. “Ok , kawan-kawan tak ada hal punya” .Ah Leong bersetuju. “Habis tu aku nak jadi apa?”. Sofi juga mahu turut serta.
“Haa..Sofi kau jadi pengurus kami lah , kau kan pengurus artis”, gurau Ah leong. Mereka bertiga ketawa sesama sendiri.
Selepas asar , Majid mahu mengambil angin di pantai berhadapan rumahnya , tiba-tiba dia ternampak Samad, dengan segera dia mendapati Samad.
“Samad , mana kau pergi ? dah seminggu aku cari” , Majid beriya-iya menanyakan soalan pada Samad.
“Majid , aku dah berhenti sekolah” jawab Samad . Mukanya tenang tetapi riaknya sedih. “Kenapa ?” Majid semakin hairan.
“Ayahku , dia tidak mampu lagi nak menanggung perbelanjaan persekolahan aku dan aku memutuskan untuk mengikut ayah ke laut”, jawab Samad.
Majid hanya diam , wajahnya mula kesedihan dan simpati. “Memang aku nak jumpa dengan kau Majid , aku tahu esok kan hari guru , aku nak kau berikan surat ini untuk cikgu Hamidah , aku tak ada hadiah nak diberi” Samad mengeluarkan sebuah kertas lusuh daripada kocek seluarnya.
“Apa ni Samad?” tanya si Majid. “Sekadar luahan hati aku pada cikgu Hamidah , aku tuliskan sajak untuknya”, balas Samad tenang dan berterus-terang. Majid memeluk Samad , kali ini dia benar-benar sedih dengan keluhuran hati Samad.Mereka menangis. Pantai Sebiru jadi saksi.
Hari persembahan untuk sambutan hari guru sudah tiba. Majid akan membuat persembahan. “Kau dah bersedia”, tanya Ah Leong dan Sofi.
“Hari ni aku tak menyanyi , aku bersajak , tapi Ah Leong , kau main gitar juga ya untuk aku”, balas Majid. “Kenapa tukar plan?”, Sofi kehairanan.
Majid menunjukkan kertas lusuh yang diberikan Samad padanya.
“Hadiah untuk cikgu Hamidah daripada Samad”. Majid senyum , namun senyumannya nampak sedih.
“Samad dah tak sekolah lagi dah , dia ke laut dengan bapanya”, Majid menambah. Suasana sepi. Masing diam tidak bersuara.
“Baiklah , mari kita bersiap” Majid menutup suasana itu . Persembahan tinggal lagi setengah jam.
Di atas pentas“Assalamualaikum , saya Majid dan di sebelah saya Ah Leong , hari ini kami akan menyampaikan sebuah sajak yan bertajuk , “Samudera Buat Guru” , sajak ini di tulis khas oleh sahabat kami , Samad”.
Majid memulakan bicara.
“Sajak ini untuk guru-guru Sekolah Kebangsaan Seroja terutamanya cikgu Hamidah..” Ah Leong menambah.
Seluruh dewan memberikan tepukan gemuruh.
Timbul rasa hairan di wajah cikgu Hamidah .
Terdiam dan ingin tahu. Ah Leong mula memetik gitarnya dengan perlahan , sayu rentaknya.
“Sajak ini kutujukan buat guru-guruku yang tersayang , ampunan maaf juga buat kalian kerana saya pelajar yang malas dan tidak menghormati kalian.
Kalian juga tidak perlu risau lagi dengan anak muridmu yang tidak berguna ini , saya hanya akan ke laut sahaja selepas ini , namun saya juga teringin seperti anak-anak murid yang memberi hadiah buat guru yang disayangi sempena hari yang berbahagia ini , tidak mampu saya berikan hadiah yang mahal-mahal , cumanya sebuah sajak …khas untuk guru-guruku terutamanya cikgu Hamidah” isi surat tersebut..
SAMUDERA BUAT GURU

Pantai hari ini nampak tenang
Tiada gelora,Tiada ombak yang garang,
Melihat laut yang jauh itu,
Umpama melihat ibu yang tersayang,
Pada pantai aku melepas rindu,
Pada pantai juga aku menangis,
Pada ombak ku kirimkan cinta,
Pada dunia lautan itu
Guruku ,
Sayangnya aku pada kamu,
Umpama lautan yang luas itu,
Jasamu umpama samudera,
Memberi sebuah kisah cinta pada manusia
Guruku,
Aku anak laut Laut dan pantai duniaku
Ia juga masa depanku,
Ia warna dalam hidupku,
Guruku,
Kasihmu ku anggap ombak,
Ombak tenang di bibir pantai,
Jasamu juga ku anggap ombak,
Ombak yang garang dan banyak memukul pantai,
Guruku,
Budimu ku anggap air di laut,
Tak pernah kering dan mati,
Walau kita nampak jauh,
Namun kita dekat pada hati,
Guruku,
Jika dosa telah aku lakukan,
Restu dan maafmu aku dambakan,
Jika hatimu luka Selautan ampun ku pohonkan,
Hari ini dan esok…
Aku akan terus melihat samudera luas ini..
Dan sampai bila-bila..
Samudera ini hadiahku buat guru-guru…

Ada air mata jernih mengalir dipipi para hadirin yang mendengar ,
Majid teresak-esak mengungkap bait-bait sajak , Ah leong semakin sedih rentak gitarnya.
Cikgu Hamidah tidak dapat menahan sebaknya , air mata deras , terlalu deras. Dia teringatkan Samad. Anak muridnya.
Hatinya Terusik , sesuatu perlu diubah dan berubah.
oleh: lutfihafifi
Editor: ar-ruhul JADEED

SELAMAT HARI GURU


belum terlewat lagi rasanya untuk aku post kan n3 berkaitan hari guru nih...

16hb Mei kita sambut hari guru...

malam tadi adik aku sibuk dok paksa aku tulis kad untuk cikgu dia.

adiah dia dah balut cuma nak tulis nama cikgu dia je

sume nak suh aku yang tuliskan...tapi aku layannnn.....

mmg aku la yang slalu jadi mangsa dia kalo ada keje yg bekaitan sekolah

slalu dia ngadu kat aku pasal skolah dia sb aku la yg paling bising pasal sekolah dia.

hu3.....kuar topik dah ni

k la...kesempatan ni aku nak ucapkan selamat hari guru wat semua guru yang dah banyak curahkan ilmu pengetahuan untuk anak murid.

aku pun bukan baik sgt masa sekolah pun...

tp sume cikgu aku sayang...

sb cikgu dah bagi kita ilmu....

walau kene rotan n marah skalipun,aku anggap tu sume sbhgian drp ajaran depa utk bagi aku jd manusia beguna...

utk kengkawan aku yg jadi cikgu gak aku ucapkan selamat jadi cikgu yg dedikasi...

amik2la masa untuk tlg didik jiwa murid dgn moral....spy jadi manusia yg beguna pada agama bangsa dan negara....



Monday, May 11, 2009

lagu yang aku suka kalau aku sedih....

Ummi

Ummi yaa lahnan a'syaqohu
wanasyidan dauman ansyuduhu
Fikulli makanin adzkuruhu
wa-azhollu azhollu uroddiduhu
Ummi yaa ruuhi wa-hayati
yaa bahjata nafsi wamunaati
Unsi filhadhiri wal-ati... 2x
Allohu ta'aala aushoni
fissirri walau fil i'laani
Bilbirri laki wal-ihsaani... 2x
Ismuki manquusyun fi qolbi
Hubbuki yahdini fi darbi
wadu'a-i yahfazhuki robbiy... 2x
Yusuf Islam - Your Mother
Who should I give my love to?
My respect and my honor to
Who should I pay good mind to?
After AllahAnd Rasulullah
Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father
Cause who used to hold you
And clean you and clothes
youWho used to feed you?
And always be with you
When you were sick
Stay up all night
Holding you tight
That's right no other
Your mother (My mother)
Who should I take good care of?
Giving all my love
Who should I think most of?
After AllahAnd Rasulullah
Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father
Cause who used to hear you
Before you could talk
Who used to hold you?
Before you could walk
And when you fell who picked you up
Clean your cut
No one but your mother
My mother
Who should I stay rigt close to?
Listen most to
Never say no to
After AllahAnd Rasulullah
Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father
Cause who used to hug you
And buy you new clothes
Comb your hair
And blow your nose
And when you cry
Who wiped your tears?
Knows your fears
Who really cares?
My mother
Say Alhamdulillah
Thank you Allah
Thank you Allah
For my mother.
bila aku sedih aku suka nyanyi lagu ni...teringat kat mak...pastu pk mampu ke aku jadi ummi yg baik

Thursday, May 7, 2009

happy birthday & happy mothers day mom



hari nih 8 Mei 2009....

my mom birthday..mak aku dah 47 thun hari nih...

Alhamdulillah....aku masih dapat cium peluk & tgk mak wp aku dah ada keluarga sendiri....

kasih aku pada dia tak penah berubah.

tapi aku sedih gakla sb dah nak masuk 3 bulan mak xleh bejalan cam dl lg

tu sume ujian Allah setelah mak jatuh moto 3 bulan yang lalu.

masa tu aku nangis sedih sgt...

tp hati aku kata Allah akan uji hambaNya...

aku doakan mak aku cepat sembuh & boleh la aku bawak dia p bershopping lagi

sb dia mmg suka shopping

bulan mei nih pun kita akan sambut hari ibu...

so aku ucapkan selamat hari ibu wat mak aku oso mentua yang aku sayangi lagi kasihi....

mak2 aku nih mmg best...

sporting sgt

YaAllah aku bersyukur kau kurniakan aku ibu2 sebaik mereka...

Amin...........


P/S : happy mothers day to all mom's in the world...





Monday, May 4, 2009

memory...


hu3...nila pic aku masa umo stahun jagung.sbaya ngan putera kesayangan aku ikhwan masa nih.
aku masa kecik dulu kecik dan pendek..memangla kecik tp dah dewasa nih aku la paling besar dlm family.akak aku skang nih lagi halus dari aku la nih...aku yg pakai gaun biru paling kecik tuh....

Friday, May 1, 2009

Akikah & Qurban

Lembu yang diniatkan di akikahkan sedang dipersiap untuk menjalani sesi penyembelihan..abang yg baru sahaje sampai setelah tamat kursus di ISM Sg BEsi turut sama memegang tali lembu..


Abg Sidi memegang Dik Ih & Ikhwan..nilah antara orang-orang yg diniatkan untuk kenduri akikah ni..Anak umi Ikhwan, Dik Ih, Angak Tika, Abg Sidi, Amoi & Angah Mael.

Ni sesi basuh pinggan lepas kenduri..tak taulah ummi yg tolong ikhwan ker ikhwan yg tolong ummi nie..kene la ummi basuh smula pinggan n cawan yg ikhwan dah wat air sabun tu sbg air mandi...

25 April 2009 bersamaan 29 RAbiulakhir 1430H bertepatan ari sabtu..aku n family mengadakan satu kenduri untuk Akikah sekeluarga.. Ayah jer yg tak join coz dah lama setel..kami memilih lembu untuk dijadikan haiwan yg di akikah kan utk jamuan para tamu..
Maksud Hadis Rasullullah S.A.W :
"Barangsiapa yang dikurniakan seorang anak, lalu ia menyukai untuk membaktikannya (mengakikahkannya) maka hendaklah ia melakukannya.."

Wednesday, April 8, 2009

bowling tournament @ G-Bowl



nilah muka2 yang tak dapat adiah main boling hari tuh.tp depa nih bersemangat waja sumenyer.asik2 fuad je yg dapat adiah.pastu dia jawab..."rezeki anak aku".
alhamdulillah, sambutan amat memberangsangkan. hubby aku pun bekejar balik dari ism sb nak main boling.thanks sayang.
p/s : yg pakai baju oren tu ler hubby aku.he3

ujian untuk aku...think positive



minggu ni mmg la mgu penuh ujian & cabaran bagi aku.kdg2 cam rasa give up gak.tp bila fikirkan Allah hanya akan menguji hambaNya yang kuat, aku redha dengan ketentuan tu.
ni baru permulaan ujian. orang lain lagi banyak ujian daripada Allah berbandingaku.
so, aku positifkan jela apa yang berlaku.

tapi xyahla aku citer apa yg jd kat aku mgu ni.aku bersedia maafkan segala kesilapan org tu.mungkin sebelum ni pun aku ada sakitkan hati org lain

Sunday, March 29, 2009

Salam Pengenalan

Assalamualaikum... dan selamat sejahtera
selamat datang ke Blog Alang - Alang